Sunday, February 14, 2010

Si Comel belajar berdikari

Ini anak saya yang sulung. Foto ini diambil kira-kira 12 tahun yang lepas. Maaflah ye...kualiti pun kurang..blur, maklumlah masa itu mana ada lagi digital camera seperti sekarang ini.

Anak sulung kesayangan saya ini (semua anak saya adalah anak kesayangan) bakal meninggalkan rumah kami buat pertama kali sejak dilahirkan pada tahun 1997. Sebenarnya, dia bukan ke mana pun. Takdir sudah menentukan yang anak saya ini berjaya memasuki MRSM dan tarikh melapor ialah pada 17 Februari 2010 ini. Perasaan saya? Mula-mula masa dia dapat 5A dalam UPSR, saya gembira sangat dan ketika saya semak kemasukan ke MRSM dua minggu lepas pun saya gembira lagi. Tapi sekarang ini, saya SEDIH.....WARRRRGGGHHH!!!!!

Sedih gila ni...hendak berpisah dengan anak yang saya jaga lebih 12 tahun. Tapi saya sorok perasaan sedih saya depan anak kerana memang cita-cita dia hendak masuk MRSM sejak Tahun 4 lagi. Jadi, saya menangis seorang diri. Bila saya luahkan perasaan saya pada suami, suami kata "takkan hendak simpan budak tu bawah ketiak awak sampai bila-bila". Betullah cakap suami, tetapi sedih tetap sedih. Ketika ini saya sedih tetapi gembira. Eh...susah ni! Puting beliung...

Teman-teman sekerja pula ada yang kata, anak-anak yang masuk asrama ini, lama-kelamaan akan renggang dengan kita kerana mereka tidak lagi tinggal serumah dan seribu macam perkara lagi yang membuat perasaan saya gusar. Namun, nasib baik ketika mereka berkata-kata begitu saya sedang membaca buku bertajuk "Dahsyatnya Doa Ibu keluaran PTS". Nanti, saya akan ulas tentang buku ini. Hah!! Maka, bab hubungan antara anak di asrama dengan ibu dan keluarga dah selesai. Saya hanya perlu berdoa pada Allah Taala. Perasaan sedih saya ini pula....tak tahu macam mana hendak diselesaikan. Hanya masa yang menentukan.

Untuk anak tersayang, "Mama akan sentiasa doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat, terutamanya akhirat." I LOVE YOU.