Sunday, March 28, 2010

Angkasawan Negara di Pesta Buku KL



20 mac yang lepas, saya ke PWTC bagi membantu Galeri Ilmu Sdn Bhd mempromosi novel kedua saya. Seperti yang saya jangkakan, suasana di Pesta Buku Antarabangsa KL memang cukup meriah. Ramai betul pengunjungnya. Ini amat membanggakan kerana rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan Budaya Membaca.

Saya berkesempatan menurunkan tandatangan pada novel-novel saya. Perasaan ketika itu sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Yang penting, saya gembira melihat kegembiraan terpancar pada wajah-wajah comel yang berada di situ bagi mendapatkan tandatangan saya. Saya doakan agar peminat-peminat comel dan cilik saya menerima mesej yang saya cuba sampaikan dan membesar menjadi Pencinta Buku seperti saya. Insya Allah...esok saya akan ke PWTC lagi bagi phasa kedua memborong buku....YES!!! Tak sabar rasanya hendak ke sana lagi!

Pada hari tersebut juga, anak-anak saya dapat bertemu dengan Angkasawan Negara yang kebetulan berada di gerai MPH bagi mempromosikan buku beliau. Anak-anak saya pun apa lagi, terus serbu dan dapatlah bergambar dengan Dr Syed Muzaffar.

Insya Allah, tahun depan jika diizinkan Allah saya mungkin akan ke sana lagi bagi mempromosikan novel ketiga saya yang ketika ini, sinopsis pun belum ada lagi...

Sunday, March 14, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur a.k.a Kuala Lumpur International Book Fair 2010 akhirnya tiba!! Saat-saat yang ditunggu oleh saya yang suka, sayang dan cintakan buku. Pesta buku ini berlangsung dari 19 - 28 Mac 2010 pukul 10.00 pagi ke 10.00 malam.

Dan tahun ini sekali lagi saya akan ke sana bagi mempromosikan novel awal remaja saya yang kedua iaitu Putu Mayam Satu! Datang tau, kita jumpa di:

Gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd.
B-01, B-02 Ruang Legar PWTC
20 Mac 2010
2.30-3.30 pm.

Wasalam....tengah sibuk ni, sibuk menulis lagi.....nanti kita jumpa.

Tuesday, March 2, 2010

Buang lagi...dera lagi...

Kenapa ada manusia sanggup buang anak?
Mengapa ada manusia bodoh yang sanggup sepak terajang kanak-kanak berusia 3 tahun?

Kes buang anak dan dera kanak-kanak sudah menjadi lumrah dan seringkali dipaparkan dalam akhbar. Dan kes terbaru buang anak yang saya baca dalam akhbar (tak tahulah kalau ada lagi kes baru, tapi rasanya ada lagi) ialah kes yang berlaku di sebuah tandas Sekolah Memandu di mana seorang bayi disumbat dalam tangki tandas. Kepala bayi itu ketika ditemui sudah hancur kerana ditekan dengan kuat dalam proses menyumbatnya ke dalam tangki itu. Melampau betul! Tak ada hati perut ke...Buat maksiat pandai, buang anak lagi pandai! Ke mana perginya sifat kasihan dan tanggungjawab?

Seperkara lagi mengenai manusia yang suka-suka hati belasah kanak-kanak. Kanak-kanak masih kecil lagi dan memerlukan perlindungan, takkan perkara ini pun tak tahu lagi? Saya pun hairan mengapa seseorang itu sanggup berbuat perkara kejam sebegitu. Di mana silapnya?

Tetapi apa-apa pun, rasanya semua berbalik pada pegangan agama seseorang. Jika seseorang itu kuat pegangan agama dan beriman, mungkin perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku.