Friday, May 14, 2010

Bekerja di rumah/ Work at home

Bilik khas untuk saya menulis dan berkarya...cuma tak habis kemas lagi.

Kini impian saya untuk bekerja di rumah sudah tercapai...Syukur Alhamdullillah. Dulu saya bekerja untuk majikan tetapi sekarang majikan saya adalah DIRI SAYA SENDIRI. Dan menjadi majikan pada diri sendiri memerlukan disiplin yang kuat dan jadual yang teratur agar kita tidak khayal dan membazir masa.

Sebelum meletakkan jawatan kira-kira tiga minggu lepas, saya telah banyak membaca buku-buku serta rencana mengenai bekerja di rumah dan membuat sedikit penyelidikan mengenai trend yang semakin menjadi sambutan dikalangan warga Malaysia ini. Jadi secara tidak langsung, mental saya sudah bersedia untuk mengalami perubahan tidak keluar bekerja tetapi hanya bekerja di rumah.

Saya gembira dengan keadaan hidup saya sekarang ini. Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya dapat meluangkan masa berjogging di kawasan perumahan saya. Cita-cita untuk terus mencapai berat ideal masih ada....hihi (betul tak Teika??) Untuk pengetahuan pembaca blog ini, saya sebelum ini tidak pernah berjogging kerana tiada masa! Sekarang ini, masa saya di tangan saya...

Namun di sebalik kebebasan ini, dari segi kewangan saya tidaklah semewah semasa bekerja dahulu. Tetapi yang penting saya tiada lagi mengalami tekanan dan stres di tempat kerja. Dan saya juga dapat memberi sepenuh tumpuan pada keluarga tercinta dan bidang penulisan yang saya amat minati.

Thursday, May 6, 2010

Saya letak jawatan...akhirnya



"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So, throw off the bowlines. Sail away from the safe harbour. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover."
- Mark Twain, American Author.


Saya petik kata-kata ini dari buku working@home yang merupakan salah satu buku kesayangan saya. Makna kata-kata ini secara ringkas ialah "20 tahun akan datang, anda akan kesalkan perkara yang anda tidak lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan. Saya pegang kata-kata ini. Dan berserta doa yang berbakul-bakul dan sokongan dari keluarga tercinta, pada tanggal 22 April 2010 lalu saya telah meletakkan jawatan sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Perak.

Mengapa ambil tindakan drastik? Apa yang saya lakukan bukan satu tindakan yang drastik..malah perletakan jawatan ini memang sudah saya rancang sejak dulu lagi. Cukuplah saya berkhidmat serta mencurahkan tenaga untuk kepentingan pihak lain selama hampir 14 tahun. Kini saya ingin berkhidmat pada anak-anak dan keluarga saya pula. Saya ambil keputusan untuk berhenti kerana tidak mahu menyesal dua puluh tahun dari sekarang.

Kini, saya gembira dapat menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama memberikan tumpuan sepenuhnya pada bidang penulisan. Saya juga ingin membuktikan pada diri saya yang 9/10 rezeki di bumi Allah ini adalah dari perniagaan dimana saya juga minat berniaga. (This runs in the family, saya seorang saja yang makan gaji. Keluarga saya semuanya berniaga.)

Sebenarnya banyak bidang dan perkara yang saya ingin cuba dan terokai. Maka, saya terpaksa korbankan bidang perguruan dan keluar dari Zon Selesa.

Khas untuk pelajar-pelajar SMKUK, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai apa sahaja yang diimpikan tetapi jangan sampai melepasi batas-batas agama Islam. Teacher doakan anda semua berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi mengukir kenangan indah dalam hidup saya yang terlalu singkat di bumi Allah ini. To Kak Rose, take care...missing you a lot.





Monday, April 19, 2010

Special dedication to teikakawashi1.blogspot.com





This is a special dedication to a very dear friend from teikakawashi1.blogspot.com

I don’t have keen interest in Korean movies, Japanese stuffs or anything associated to those two. But anyway, these pictures are for MODE and not forgetting YOU, taken a few days ago during our trip to Japan....(hahaha...perasan lah, bila masa pula saya ke Jepun??) These pictures were taken by Mr Hubby who were there last week. As for me, I am as busy as always working very, very hard to finish the biggest writing project ever. And there will be more writing project to come...just love writing and reading. Kalau boleh rasa macam nak makan buku-buku di Pesta Buku KL bulan lepas.

Dear Mode, thanks for everything and thanks for being around when I need a shoulder to cry on. Eh...bila nak pergi makan-makan lagi?? And not forgetting Yat..Love both of you..


Sunday, March 28, 2010

Angkasawan Negara di Pesta Buku KL



20 mac yang lepas, saya ke PWTC bagi membantu Galeri Ilmu Sdn Bhd mempromosi novel kedua saya. Seperti yang saya jangkakan, suasana di Pesta Buku Antarabangsa KL memang cukup meriah. Ramai betul pengunjungnya. Ini amat membanggakan kerana rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan Budaya Membaca.

Saya berkesempatan menurunkan tandatangan pada novel-novel saya. Perasaan ketika itu sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Yang penting, saya gembira melihat kegembiraan terpancar pada wajah-wajah comel yang berada di situ bagi mendapatkan tandatangan saya. Saya doakan agar peminat-peminat comel dan cilik saya menerima mesej yang saya cuba sampaikan dan membesar menjadi Pencinta Buku seperti saya. Insya Allah...esok saya akan ke PWTC lagi bagi phasa kedua memborong buku....YES!!! Tak sabar rasanya hendak ke sana lagi!

Pada hari tersebut juga, anak-anak saya dapat bertemu dengan Angkasawan Negara yang kebetulan berada di gerai MPH bagi mempromosikan buku beliau. Anak-anak saya pun apa lagi, terus serbu dan dapatlah bergambar dengan Dr Syed Muzaffar.

Insya Allah, tahun depan jika diizinkan Allah saya mungkin akan ke sana lagi bagi mempromosikan novel ketiga saya yang ketika ini, sinopsis pun belum ada lagi...

Sunday, March 14, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur a.k.a Kuala Lumpur International Book Fair 2010 akhirnya tiba!! Saat-saat yang ditunggu oleh saya yang suka, sayang dan cintakan buku. Pesta buku ini berlangsung dari 19 - 28 Mac 2010 pukul 10.00 pagi ke 10.00 malam.

Dan tahun ini sekali lagi saya akan ke sana bagi mempromosikan novel awal remaja saya yang kedua iaitu Putu Mayam Satu! Datang tau, kita jumpa di:

Gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd.
B-01, B-02 Ruang Legar PWTC
20 Mac 2010
2.30-3.30 pm.

Wasalam....tengah sibuk ni, sibuk menulis lagi.....nanti kita jumpa.

Tuesday, March 2, 2010

Buang lagi...dera lagi...

Kenapa ada manusia sanggup buang anak?
Mengapa ada manusia bodoh yang sanggup sepak terajang kanak-kanak berusia 3 tahun?

Kes buang anak dan dera kanak-kanak sudah menjadi lumrah dan seringkali dipaparkan dalam akhbar. Dan kes terbaru buang anak yang saya baca dalam akhbar (tak tahulah kalau ada lagi kes baru, tapi rasanya ada lagi) ialah kes yang berlaku di sebuah tandas Sekolah Memandu di mana seorang bayi disumbat dalam tangki tandas. Kepala bayi itu ketika ditemui sudah hancur kerana ditekan dengan kuat dalam proses menyumbatnya ke dalam tangki itu. Melampau betul! Tak ada hati perut ke...Buat maksiat pandai, buang anak lagi pandai! Ke mana perginya sifat kasihan dan tanggungjawab?

Seperkara lagi mengenai manusia yang suka-suka hati belasah kanak-kanak. Kanak-kanak masih kecil lagi dan memerlukan perlindungan, takkan perkara ini pun tak tahu lagi? Saya pun hairan mengapa seseorang itu sanggup berbuat perkara kejam sebegitu. Di mana silapnya?

Tetapi apa-apa pun, rasanya semua berbalik pada pegangan agama seseorang. Jika seseorang itu kuat pegangan agama dan beriman, mungkin perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku.

Sunday, February 14, 2010

Si Comel belajar berdikari

Ini anak saya yang sulung. Foto ini diambil kira-kira 12 tahun yang lepas. Maaflah ye...kualiti pun kurang..blur, maklumlah masa itu mana ada lagi digital camera seperti sekarang ini.

Anak sulung kesayangan saya ini (semua anak saya adalah anak kesayangan) bakal meninggalkan rumah kami buat pertama kali sejak dilahirkan pada tahun 1997. Sebenarnya, dia bukan ke mana pun. Takdir sudah menentukan yang anak saya ini berjaya memasuki MRSM dan tarikh melapor ialah pada 17 Februari 2010 ini. Perasaan saya? Mula-mula masa dia dapat 5A dalam UPSR, saya gembira sangat dan ketika saya semak kemasukan ke MRSM dua minggu lepas pun saya gembira lagi. Tapi sekarang ini, saya SEDIH.....WARRRRGGGHHH!!!!!

Sedih gila ni...hendak berpisah dengan anak yang saya jaga lebih 12 tahun. Tapi saya sorok perasaan sedih saya depan anak kerana memang cita-cita dia hendak masuk MRSM sejak Tahun 4 lagi. Jadi, saya menangis seorang diri. Bila saya luahkan perasaan saya pada suami, suami kata "takkan hendak simpan budak tu bawah ketiak awak sampai bila-bila". Betullah cakap suami, tetapi sedih tetap sedih. Ketika ini saya sedih tetapi gembira. Eh...susah ni! Puting beliung...

Teman-teman sekerja pula ada yang kata, anak-anak yang masuk asrama ini, lama-kelamaan akan renggang dengan kita kerana mereka tidak lagi tinggal serumah dan seribu macam perkara lagi yang membuat perasaan saya gusar. Namun, nasib baik ketika mereka berkata-kata begitu saya sedang membaca buku bertajuk "Dahsyatnya Doa Ibu keluaran PTS". Nanti, saya akan ulas tentang buku ini. Hah!! Maka, bab hubungan antara anak di asrama dengan ibu dan keluarga dah selesai. Saya hanya perlu berdoa pada Allah Taala. Perasaan sedih saya ini pula....tak tahu macam mana hendak diselesaikan. Hanya masa yang menentukan.

Untuk anak tersayang, "Mama akan sentiasa doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat, terutamanya akhirat." I LOVE YOU.