Thursday, December 10, 2009

Menutup aurat hanya budaya???


Menutup aurat hanya budaya?

Tidak? Ya? Ya...menutup aurat hanya budaya...budaya songsang!!

Baru-baru ini saya menonton program "Oprah Winfrey Show" yang akan berakhir penyiarannya pada 2011, tidak pasti pula mengapa. Saya tidak sempat hendak membaca berita tentangnya di Yahoo! News beberapa minggu yang lepas. Saya suka menonton program ini kerana kadang-kala isu yang dibincangkan menarik.

Isu yang saya tonton baru-baru ini agak menarik juga, di mana Oprah telah menemuramah beberapa orang wanita dari beberapa buah negara untuk berkongsi tentang bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian mereka. Dan yang paling menarik ialah tentang seorang wanita Arab beragama Islam yang tinggal di UAE. Siapa yang tidak kenal dengan negara UAE itu?

UAE ialah sebuah negara yang masih muda. Pembangunannya hanya bermula pada tahun 1972. Menurut seorang Pak Arab, kenalan suami saya semasa kami berada di China dulu menceritakan yang asalnya sumber pendapatan mereka ialah mencari mutiara di dasar laut. Selepas penemuan minyak, barulah UAE mula membangun. Selepas itu, penduduknya menjadi kaya-raya.

Di UAE juga, pemuda-pemudinya tidak 'teringin' pun hendak berkahwin dengan warga asing (tidak seperti sesetengah artis Malaysia dan wanita Malaysia yang terkejar-kejarkan Mat-Mat Saleh, hinggakan Mat Saleh kerja pam minyak pun disapunya janji Mat Saleh...isk! isk! lawaklah). Golongan muda di UAE yang berkahwin sesama mereka, akan menerima sebuah kereta dan sebuah rumah sebagai 'hadiah perkahwinan' dari kerajaan UAE. Hebatkan?? Di sana tiada cukai pendapatan dan kos perubatan juga ditanggung oleh kerajaan mereka. Bestnya! Kalau dapat tinggal di sana.

Berbalik pada wanita dari UAE ini, dia seorang doktor. Penampilannya moden, tidak bertudung, berambut perang, kuku diwarnakan dan memakai baju ala-ala Punjabi suit (mungkin baju tradisional mereka, saya kurang pasti). Dia tinggal bersebelahan dengan rumah mak mentua dan abang suaminya. Wanita ini tidak pernah masak kerana mak mentuanya ada seorang tukang masak yang akan memasak untuk semua ahli keluarganya. Wanita ini akan menerima sekurang-kurangnya tiga jenis hidangan untuk satu hari. Best lagi!

Kemudian wanita ini keluar dari rumah beliau dan menunjukkan rumahnya dari luar. Beliau turut menunjukkan rumah mak mentua dan abang suaminya. Masya Allah!! Besarnya setiap rumah-rumah yang ditunjukkan!! Dapur mak mentuanya macam dapur di hotel-hotel, maklumlah sudah ada 'chef' tentulah dapurnya macam dapur di hotel.

Semasa berada di sana, mak mentua wanita ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang makan tengahari. Dalam ramai-ramai wanita di situ, hanya mak mentua wanita itu sahaja yang memakai tudung dan berjubah hitam. Dan apabila melihat wanita ini, Oprah telah bertanya siapa dia? Kenapa dia bertudung dan awak tidak bertudung?

Ini jawapan wanita Arab itu, mak mentuanya berumur antara 50 - 60 tahun dan hanya wanita dalam lingkungan umur itu sahaja yang bertudung. Wanita-wanita muda dan moden seperti dirinya sudah tidak lagi memakai tudung kerana memakai tudung (menutup aurat) hanyalah budaya...IT'S JUST A CULTURE katanya. Subhanallah....kata saya. Ini yang tak best ni!! Apa sudah jadi? Selepas itu, Oprah pun kata 'Now, I understand.' Ya...understand yang wanita-wanita Islam yang bertudung dan menutup aurat hanyalah mengikut adat dan budaya. Maka, semua yang menonton program pada waktu itu sudah menerima maklumat yang salah. Sedih betul!!!

Kesimpulannya "Menutup aurat a.k.a bertudung itu wajib bagi wanita-wanita Islam dan bukannya hanya sekadar BUDAYA atau ADAT".....

7 comments:

  1. Salam kenalan,
    Saya pernah ditanya oleh seorang cina"mengapa tak semua orang perempuan melayu bertudung?" Saya hanya tersenyum sambil berfikir jawapan yang sesuai.Kemudian,dia menjawab sendiri soalan tadi,"dosa sendiri tanggunglah,kan?"
    Sebenarnya sukar juga hendak menjawab persoalan tentang aurat dengan trend bertudung sekarang.Bersyukrlah bagi mereka yang telah mendapat hidayah-Nya untuk bertudung dengan sempurna.

    ReplyDelete
  2. Contohi isteri Yang di pertuan Agong 2009 sekarang, isteri bertudung. Jangan contohi isteri Najib , Rosmah tu.

    Sebenarnya pemimpin melayu yang beriman harus memberi nasihat agar isteri mereka menjadi contoh kepada muda mudi Islam agar menutup aurat.

    Jadilah pemimpin yang ada jiwa nur Islam, agar kita semua mendapat hidayah dan rahmat Allah

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih sudi ziarah. Betul tu..saya pun suka tengok Permaisuri Agong. Tetap cantik walaupun bertudung, sama seperti isteri-isteri Sultan Brunei.

    Bagaimana hendak menjadi pemimpin jika isteri sendiri pun sukar untuk dipimpin...

    ReplyDelete
  4. an,
    Islam runtuh sebab umatnya sendiri..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ann,

    Pemilihan wanita UAE tersebut dlm rancangan Si Oprah bukanlah satu kebetulan.

    Itulah 'jawapan' yang mereka hendak dengar dan sebarkan kepada seluruh dunia.

    Mereka mendengar Islam daripada orang yang sudah tidak mengamalkan Islam. Supaya generasi Islam akan datang percaya, untuk menjadi Islam yang baik, yang moden, yang maju, haruslah 'seperti ini' dan bukan 'seperti itu'.

    Di negara kita sendiri sudah berlambak orang-orang yang berfikiran liberal macam wanita tersebut!

    ReplyDelete
  6. Dear Ann..
    If you are serious about it (I mean after watching the show), you should go to their website,find a way how to give the real message (even if it was intentionally done) so that they know it is not a 'culture' but an absolute instruction by our Creator. I think your blog is great.Keep up the good work. Im moved by some of your postings. Who would have thought... my UPM housemate is not only a writer but also a blogger with a crystal clear direction in life.
    I wish you well.

    ReplyDelete
  7. Salam Ukhuwah..

    Sy rasa siri OPRAH yg puan tengok ni terambil @ sengaja mengambil orang yg salah utk di interview .Mungkin aje taktik media barat nak menghina islam secara tidak langsung.Apa nak di kata..dunia penuh dengan fitnah..

    Just an opinion..menarik blog ni..

    ReplyDelete