Thursday, January 7, 2010

Kita tidak kekal di dunia ini


Sekarang ini, saya sedang sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah semula ke KL. Penat dan serik rasanya berpindah-randah. Namun apakan daya, perjalanan hidup saya sememangnya sudah diatur begini.

Rasa sedih hendak meninggalkan kawasan yang aman damai dan penuh ketenangan ini? Memang sedih, tetapi saya sering mengingatkan diri saya dan anak-anak bahawa kehidupan kami yang sering berpindah-randah ini umpama kehidupan kita di dunia ini. Tidak kekal dan bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil pulang. Jadi, pastikan kehidupan kita di satu-satu tempat itu dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik dan berfaedah.

Kesimpulannya, lakukan perkara-perkara yang elok, sentiasa mempertingkatkan amalan dan perbaiki kekurangan diri agar kita sentiasa bersedia serta mempunyai bekalan yang mencukupi jika dipanggil kembali ke tempat asal kita.

1 comment:

  1. Gambar kotak2 tu mengingatkan aku kotak2 yg kita kena cari dan penuhi everytime nak pindah..Oh tidak!!!

    ReplyDelete