Sunday, February 14, 2010

Si Comel belajar berdikari

Ini anak saya yang sulung. Foto ini diambil kira-kira 12 tahun yang lepas. Maaflah ye...kualiti pun kurang..blur, maklumlah masa itu mana ada lagi digital camera seperti sekarang ini.

Anak sulung kesayangan saya ini (semua anak saya adalah anak kesayangan) bakal meninggalkan rumah kami buat pertama kali sejak dilahirkan pada tahun 1997. Sebenarnya, dia bukan ke mana pun. Takdir sudah menentukan yang anak saya ini berjaya memasuki MRSM dan tarikh melapor ialah pada 17 Februari 2010 ini. Perasaan saya? Mula-mula masa dia dapat 5A dalam UPSR, saya gembira sangat dan ketika saya semak kemasukan ke MRSM dua minggu lepas pun saya gembira lagi. Tapi sekarang ini, saya SEDIH.....WARRRRGGGHHH!!!!!

Sedih gila ni...hendak berpisah dengan anak yang saya jaga lebih 12 tahun. Tapi saya sorok perasaan sedih saya depan anak kerana memang cita-cita dia hendak masuk MRSM sejak Tahun 4 lagi. Jadi, saya menangis seorang diri. Bila saya luahkan perasaan saya pada suami, suami kata "takkan hendak simpan budak tu bawah ketiak awak sampai bila-bila". Betullah cakap suami, tetapi sedih tetap sedih. Ketika ini saya sedih tetapi gembira. Eh...susah ni! Puting beliung...

Teman-teman sekerja pula ada yang kata, anak-anak yang masuk asrama ini, lama-kelamaan akan renggang dengan kita kerana mereka tidak lagi tinggal serumah dan seribu macam perkara lagi yang membuat perasaan saya gusar. Namun, nasib baik ketika mereka berkata-kata begitu saya sedang membaca buku bertajuk "Dahsyatnya Doa Ibu keluaran PTS". Nanti, saya akan ulas tentang buku ini. Hah!! Maka, bab hubungan antara anak di asrama dengan ibu dan keluarga dah selesai. Saya hanya perlu berdoa pada Allah Taala. Perasaan sedih saya ini pula....tak tahu macam mana hendak diselesaikan. Hanya masa yang menentukan.

Untuk anak tersayang, "Mama akan sentiasa doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat, terutamanya akhirat." I LOVE YOU.

6 comments:

  1. Ann, congrats for your daughter. Tapi inilah hakikatnya. Kita kena terima,kalau tak berpisah sekarang, nanti bila dia berkahwin, kita akan berpisah juga dengan dia! By the way, dia akan ke MRSM mana?

    ReplyDelete
  2. Thanks Myza.

    Memang betul Myza. nanti bila dah besar, anak-anak akan berpisah juga dengan kita. Anak I ke MRSM Kuala Kubu Baru.

    ReplyDelete
  3. An, sedihkan? Anak kita pun bukannya ramai. Aku dulu pun duduk asrama. We learn 2 be more organized and discipline kat boarding school. Yg penting sembahyang mmg on time n berimam. Mrsm makan minum tempat duduk sempurna.So u have nothing 2 worry about. Hubungan tu, kita yg kena erat2kan..

    ReplyDelete
  4. Mode, sedih........mata bengkak-bengkak hari ni. Tapi ada yang kata Don't be selfish...masa kita dah hampir ke penghujung, masa anak-anak baru bermula.

    ReplyDelete
  5. esok2 kita nangis they all nak kahwin lak :) time flies so fast :)

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah kembali. Ibu mana tak sedih bila berpisah dgn anaknya. My daug dah f2 now, tapi alhamdulillah ikatan anak dan ibu jadi makin rapat,coz saya akan pastikan at least 2 minggu sekali (bulan pertama tiap minggu sabtu & ahad) saya visit dia, masak and dia makan air tangan saya. InsyaAllah berkat doa, mereka akan berjaya menjadi anak yg soleh dan berjaya.

    ReplyDelete