Sunday, March 28, 2010

Angkasawan Negara di Pesta Buku KL



20 mac yang lepas, saya ke PWTC bagi membantu Galeri Ilmu Sdn Bhd mempromosi novel kedua saya. Seperti yang saya jangkakan, suasana di Pesta Buku Antarabangsa KL memang cukup meriah. Ramai betul pengunjungnya. Ini amat membanggakan kerana rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan Budaya Membaca.

Saya berkesempatan menurunkan tandatangan pada novel-novel saya. Perasaan ketika itu sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Yang penting, saya gembira melihat kegembiraan terpancar pada wajah-wajah comel yang berada di situ bagi mendapatkan tandatangan saya. Saya doakan agar peminat-peminat comel dan cilik saya menerima mesej yang saya cuba sampaikan dan membesar menjadi Pencinta Buku seperti saya. Insya Allah...esok saya akan ke PWTC lagi bagi phasa kedua memborong buku....YES!!! Tak sabar rasanya hendak ke sana lagi!

Pada hari tersebut juga, anak-anak saya dapat bertemu dengan Angkasawan Negara yang kebetulan berada di gerai MPH bagi mempromosikan buku beliau. Anak-anak saya pun apa lagi, terus serbu dan dapatlah bergambar dengan Dr Syed Muzaffar.

Insya Allah, tahun depan jika diizinkan Allah saya mungkin akan ke sana lagi bagi mempromosikan novel ketiga saya yang ketika ini, sinopsis pun belum ada lagi...

2 comments:

  1. tak berkesempatan betul utk ke pesta buku yg lalu.

    ReplyDelete
  2. I am glad you decided to quit your job and focus on writing and home managing full time. I am inspired to write a book after looking at your success with your 2nd book to date. I am in the process of writing my first book but in my own sweet time. My editor has given up on me hahaha. It's difficult when I still need to bake to make ends meet. So most of my time till the wee hours are spent baking and cake decorating. By the time I am all done I would be so knackered.

    All the best alright Ann.

    ReplyDelete