Friday, May 14, 2010

Bekerja di rumah/ Work at home

Bilik khas untuk saya menulis dan berkarya...cuma tak habis kemas lagi.

Kini impian saya untuk bekerja di rumah sudah tercapai...Syukur Alhamdullillah. Dulu saya bekerja untuk majikan tetapi sekarang majikan saya adalah DIRI SAYA SENDIRI. Dan menjadi majikan pada diri sendiri memerlukan disiplin yang kuat dan jadual yang teratur agar kita tidak khayal dan membazir masa.

Sebelum meletakkan jawatan kira-kira tiga minggu lepas, saya telah banyak membaca buku-buku serta rencana mengenai bekerja di rumah dan membuat sedikit penyelidikan mengenai trend yang semakin menjadi sambutan dikalangan warga Malaysia ini. Jadi secara tidak langsung, mental saya sudah bersedia untuk mengalami perubahan tidak keluar bekerja tetapi hanya bekerja di rumah.

Saya gembira dengan keadaan hidup saya sekarang ini. Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya dapat meluangkan masa berjogging di kawasan perumahan saya. Cita-cita untuk terus mencapai berat ideal masih ada....hihi (betul tak Teika??) Untuk pengetahuan pembaca blog ini, saya sebelum ini tidak pernah berjogging kerana tiada masa! Sekarang ini, masa saya di tangan saya...

Namun di sebalik kebebasan ini, dari segi kewangan saya tidaklah semewah semasa bekerja dahulu. Tetapi yang penting saya tiada lagi mengalami tekanan dan stres di tempat kerja. Dan saya juga dapat memberi sepenuh tumpuan pada keluarga tercinta dan bidang penulisan yang saya amat minati.

3 comments:

  1. Hi An! Wah cantiknya tempat bekerja ko. Aku kalut 2, 3 hri ni. Khamis kat KL, Jumaat kat KB, hari ni gotong royong kat sekolah. Esok hari guru. Hari ni aku basuh baju sendiri. Aku x reti guna washing machine kau! Si amin baru ajarkan tadi. Kelam kabut aku..tapi bagusnya dapat exercise sikit.

    ReplyDelete
  2. Sekali-sekala kalut apa salahnya...hihi..Selamat hari guru..

    ReplyDelete
  3. tahniah ade home office yang sesuai & selesa... all the best

    ReplyDelete