Friday, June 25, 2010

Anti Farmville

Saya anti Farmville...Maaf mungkin entri kali ini akan membuatkan ramai yang marah pada saya.

Pada saya bercucuk tanam dan menuai hasil di Farmville adalah pekerjaan yang sia-sia. Ia tidak membawa apa-apa hasil atau kebaikan. Terus terang saya berani katakan yang permainan itu hanyalah tipu helah Yahudi bagi menyesatkan dan melalaikan umat Islam.

Saya anti Farmville kerana Farmville:

1. Banyak masa terbuang sia-sia walhal masa tersebut boleh diisi dengan melakukan banyak kerja yang lebih berfaedah.

2. Tidak pernah memberi apa-apa hasil dalam bentuk wang ringgit atau ganjaran atau sebagainya kepada pemainnya.

3. Menyebabkan rasuah masa dan penyalahgunaan keperluan pejabat seperti bekalan elektrik dan komputer yang digunakan oleh 'penternak' Farmville ketika mereka di pejabat. Sudah beberapa kali saya ternampak pekerja-pekerja di pejabat menyiram dan menuai tanaman di Farmville ketika waktu pejabat. Salah satu daripadanya ialah di Pejabat Am sebuah IPTA terkemuka.

Permainan yang sia-sia ini harus dihentikan segera. Buatlah perkara yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri, bangsa dan agama. Lagipun hidup di dunia ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan bermain satu permainan yang tidak ada kesudahannya.

4 comments:

  1. Betul sangat lah Ann,

    lagi satu yang cukup tak berkenan, apabila share gambar2 yang mendedahkan aurat, diluar pakai tudung, ada pula pic yang tak bertudung,

    sakit hati saya melihat,

    ReplyDelete
  2. Ya, Mas.

    Ada juga teman-teman yang diluar bertudung tapi bila kt FB hilang tudungnya...pelik sungguh..

    ReplyDelete
  3. salam tghari ann :) haii...samalah kita ieda pon tak main game dah dalam fesbuk tu, byk masa terbuang, baik masak untuk keluarga, lagi dpt pahala, hehehhe :)

    ReplyDelete
  4. Memang betul ieda..lebih baik kita masak, pastu makan, perut pun kenyang dpd layan fb tu.

    ReplyDelete