Tuesday, August 24, 2010

Kucing oh kucing!

Ini 'Bundel', kucing kesayangan di rumah mak saya.

Saya suka kucing. Namun atas sebab-sebab tertentu saya tidak dibenarkan membela walau seekor pun. Kalau boleh bela, mesti rumah ni dah penuh dengan kucing-kucing Siam atau tak Siam yang gemuk-gemuk dan gebu-gebu. Di bawah ini ada beberapa fakta tentang kucing yang saya jumpa di internet:

  • Pada tahun 1996 jumlah kucing di Amerika Syarikat mencecah 68 juta.
  • Kadar denyutan jantung kucing ialah dua kali ganda kadar denyutan jantung manusia, 110 - 140 denyutan seminit.
  • Jika kucing duduk di sebelah kita dan ekornya seperti bergetar-getar, maknanya kucing itu sedang mencurahkan perasaan sayangnya pada kita. Tetapi jika, tiba-tiba ekornya dihempaskan ini bermakna ia dah bosan dan suruh kita 'blah' ke tempat lain.
  • Kucing ada 290 jumlah tulang pada badannya dan 517 otot-otot.
  • Kucing tidak akan 'meow' pada kucing lain. Bunyi ini khas untuk manusia sahaja.
  • Kucing yang berusia 3 tahun adalah bersamaan dengan 21 tahun usia seorang manusia, 8 tahun bersamaan dengan 40 tahun usia manusia dan 14 tahun bersamaan dengan 70 usia seorang manusia.
  • Kucing yang paling lama hidup ialah seekor kucing bernama Puss yang tinggal di England pada tahun 1939. Kucing ini mati ketika berusia 36 tahun.
  • Pemilik kucing hidup lebih lama, kurang mengalami stress dan jarang diserang sakit jantung berbanding mereka yang tidak memiliki kucing.
  • Pertunjukan kucing yang pertama telah diadakan pada tahun 1895 di New York.
  • Kucing yang pandai bergaul akan sentiasa mengekori ke mana sahaja kita pergi untuk melihat aktiviti-aktiviti yang kita lakukan. (Kira busy body lah tu.)
  • Kucing tidak gemarkan bau-bauan ala-ala oren atau limau. Jadi jika tak suka kucing cakar sofa kulit yang baru tu, spraykan sofa tersebut dengan bauan ala-ala limau.
  • Dalam Bahasa Inggeris kucing ialah 'cat', Bahasa Peranchis 'chat', Bahasa Jerman 'katze', Bahasa Sepanyol 'gato', Bahasa Jepun 'neko' dan Bahasa Arab 'kitte'.
  • Kucing tidak melihat sesuatu di depannya secara terperinci, mereka tidak dapat melihat benda secara detail. Jadi bila kita berdiri depan kucing, kucing tu sebenarnya nampak kita 'blur-blur' aje.
  • Warna mata anak kucing akan berubah bila ia semakin dewasa.
  • Kucing ialah mamalia yang paling banyak tidur. Kucing menghabiskan masa 16 jam sehari dengan tidur.
  • Kucing menghabiskan 30% masa berjaga mereka untuk berdandan dan mengemas-ngemaskan bulunya.
  • Kucing dewasa ada 32 batang gigi.
  • Orang Mesir zaman dahulu mencukur bulu kening sebagai tanda berkabung atas kematian kucing mereka (...ishh...susah kalau macam ni, I tak sanggup)
Ini sajalah fakta menarik tentang kucing. Sayangi kucing anda, jangan dera kucing. Ada seorang wanita di zaman Rasulullah s.a.w yang dimasukkan ke neraka gara-gara memberi layanan buruk pada seekor kucing.

5 comments:

  1. satu lagi fakta: bila kita baca surat khabar (bentang kat bawah) kalau kucing tu duk kat situ sebab dia nak suruh beri perhatian kat dia..kacau betul kucing saya tu :)

    ReplyDelete
  2. saya suka tengok kucing yang cantik-cantik tetapi tak suka membelanya...

    ReplyDelete
  3. i love a cat but the cat always run to u

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Saya pun peminat kucing.
    Tq for the interesting info
    Jom singgah sini, another info berkaitan kucing juga.

    ReplyDelete