Sunday, January 10, 2010

Melangkah setapak lagi dalam penulisan


Syukur ke hadrat Illahi, kini saya melangkah setapak lagi dalam dunia penulisan.
Jumaat 8.1.2010 sekali lagi mencatat sejarah dalam dunia penulisan saya, dimana saya diterima sebagai salah seorang di antara tiga orang penulis untuk buku teks English Year One bagi tahun 2011.

Bagaimana saya terpilih? Sebenarnya pemilihan ini berkonsepkan pertandingan. Saya ke taklimat penulisan buku teks pada 21 November yang lalu. Di sana, kami diberi masa selama dua minggu bagi menghasilkan manuskrip contoh sebanyak 4 unit, 2 unit untuk buku teks dan dua lagi untuk buku latihan. Maka dalam tempoh yang diberikan itu, saya pun pulunlah menulis dan mengurangkan tidur saya yang sentiasa cukup 8 jam itu. Selepas siap, saya menghantar manuskrip-manuskrip tersebut ke DBP berserta berbakul-bakul doa...

Syukur sekali lagi, saya menerima panggilan (yang sentiasa dinanti-nantikan...nasib baik ada panggilan, kalau tak ada pasti frust menonggeng) menyatakan yang saya telah terpilih dan menjadi pemenang dalam 'pertandingan' ini yang turut disertai oleh ramai peserta. Esok saya akan ke DBP selama tiga hari bagi memulakan projek besar saya bagi tahun 2010. Dan novel saya yang kedua juga bakal menyusul pada tahun ini , begitu juga E-book saya yang pertama tetapi masih dalam pembikinan oleh En Shuth dari Wangcyber.com.

5 comments:

  1. Congrats Ann! Semoga menjadi seorang penulis yang berjaya! My daughter tanya bila 2nd novel nak keluar? Dia tak sabar nak baca!

    ReplyDelete
  2. Thanks Myza,

    2nd novel, tengah printing rasanya. Diari Aneesa 2 masih dalam perancangan.

    ReplyDelete
  3. Hi An! Proud of you and happy for you!!!

    ReplyDelete
  4. Hi sis!

    I hope i am not taking too long to comment! Anyway I can see that you are moving for success, therefore success is a journey and not just a destination,

    As Roosevelt quotes,
    The only man who makes no mistakes is the man who never does anything. Do not be afraid of mistakes providing you do not make the same one twice.

    ReplyDelete
  5. ann, salam kunjungan kembali. seronoknya tengok awak 'living your dream life'. we have quite the same dreams but u manage to realized it. i'm still finding ways to it. boleh ke kongsi2 pengalaman & ilmu serba sedikit.... ;-)

    ReplyDelete