Tuesday, March 2, 2010

Buang lagi...dera lagi...

Kenapa ada manusia sanggup buang anak?
Mengapa ada manusia bodoh yang sanggup sepak terajang kanak-kanak berusia 3 tahun?

Kes buang anak dan dera kanak-kanak sudah menjadi lumrah dan seringkali dipaparkan dalam akhbar. Dan kes terbaru buang anak yang saya baca dalam akhbar (tak tahulah kalau ada lagi kes baru, tapi rasanya ada lagi) ialah kes yang berlaku di sebuah tandas Sekolah Memandu di mana seorang bayi disumbat dalam tangki tandas. Kepala bayi itu ketika ditemui sudah hancur kerana ditekan dengan kuat dalam proses menyumbatnya ke dalam tangki itu. Melampau betul! Tak ada hati perut ke...Buat maksiat pandai, buang anak lagi pandai! Ke mana perginya sifat kasihan dan tanggungjawab?

Seperkara lagi mengenai manusia yang suka-suka hati belasah kanak-kanak. Kanak-kanak masih kecil lagi dan memerlukan perlindungan, takkan perkara ini pun tak tahu lagi? Saya pun hairan mengapa seseorang itu sanggup berbuat perkara kejam sebegitu. Di mana silapnya?

Tetapi apa-apa pun, rasanya semua berbalik pada pegangan agama seseorang. Jika seseorang itu kuat pegangan agama dan beriman, mungkin perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku.

3 comments:

  1. tak waras gamaknya they all ni - susah bila dunia semakin modern people bertambah bodoh dan gila - nak buat maksiat buat la cerdik la skit - ni bodoh dapat baby buang- yg sepak terajang anak sebab lupa diri HANHIN baran satu badan kot - tak reti reti bawak mengucap
    Ya Allah jauhkanla dari terkena kat kita and anak cucu

    ReplyDelete
  2. betul ermayum...kita doakan agar Allah jauhkan perkara-perkara ini dari keturunan kita dan agar manusia-manusia bodoh ini berubah dan bertaubat.

    ReplyDelete
  3. An, nak Putumayam satu.. psl baby kena flushed tu....aku slalu terbayang2. Horrornya..

    ReplyDelete