Monday, July 6, 2009

Durian kucing duduk???

Semasa saya sedang berseminar ebook di Kuala Lumpur, abah dan emak saya bergegas ke dusun buah-buahan mereka di Hulu Langat, Selangor. Perjalanan dari rumah mereka ke dusun itu jauhlah juga, lebih kurang 70km tetapi memandangkan anak mereka yang merantau ni pulang bercuti sekejap, mereka menguatkan diri merempuh perjalanan yang jauh itu.....

Dengan izin Allah Taala sebaik sahaja ibubapa saya tiba di dusun , gugurlah buah durian kucing duduk ni. Syukur Alhamdulillah, rezeki saya agaknya. Dalam TV pernah disiarkan tentang durian ini, namanya Durian Gergasi (Wow!! Giant!!). Tapi durian ini memang besar. Bentuknya macam buah labu yang besar. Saya belek-belek juga kenapa ia dipanggil kucing duduk. Terfikir juga hendak ambil kucing di rumah mak dan letakkan di sebelah durian itu...untuk buat perbandingan. Tapi kucing itu tak ada di rumah masa itu, pergi 'clubbing' agaknya. Yang pasti durian ini boleh 'duduk' sendiri tanpa bantuan. Berikut adalah gaya-gaya menarik yang sempat diberikan oleh durian itu kepada saya.








3 comments:

  1. huih...besor btul durian nih...rasa dia??

    ReplyDelete
  2. Ok juga rasa dia, isi tebal. Tapi harap besar aje, dalam tu adalah 3-5 ulas. Ada sebiji lagi tu, kat dalam ada 3 ulas aje.

    ReplyDelete