Sunday, July 12, 2009

Kedai Makan Railway Corner

Bila sebut sahaja Tanjung Rambutan terus terlintas di fikiran 'Hospital Bahagia' hospital untuk pesakit mental yang agak terkenal di Malaysia. Tetapi tahukah anda di sini ada satu kedai makan yang terletak di dalam stesyen kereta api? Nama tempat ini Kedai Makan Railway Corner. Mungkin pada sesetengah orang tempat ini biasa saja, tetapi pada saya tempat ini cukup istimewa.

Tempat ini menyimpan sejarahnya sendiri kerana stesyen kereta api ini sudah lama didirikan. Zaman British kot? Struktur bangunan adalah daripada kayu dan mungkin menarik buat pelajar Architecture untuk buat kajian.

Makanan yang disajikan di sini ialah roti canai, nasi lemak, kue teow kari dan lain-lain. Yang seronoknya masa makan boleh tengok keretapi yang lalu. Walaupun sudah berpuluh kali sarapan pagi di sini, saya dan anak-anak masih kagum dan teruja setiap kali keretapi lalu. Excitednya bukan main lagi...maklumlah bukan selalu dapat tengok keretapi. Saya pasti akan merindui tempat ini bila kami pulang ke KL semula hujung tahun ini. Agak-agaknya di KL tu di mana saya boleh dapat sumber inspirasi untuk menulis?

Itu sahaja buat kali ini. Saya sibuk sangat sekarang. Tarikh penyerahan manuskrip novel awal remaja terbaru telah diawalkan. Kena pulun tulis habis-habisan kerana ada projek lebih besar yang sedang menunggu...

1 comment:

  1. stesen keretapi lama KL pun dah jadi kedai makan Ann... BD sesekali pergi makan di situ... Mungkin sama menarik dengan stesen keretapi Tanjung Rambutan ni...

    ReplyDelete